Kamis, 08 Januari 2015

BEDAH SIASAT HUKUM WANITA MEMAKAI TUDUNG

Menurut pandangan umum, rambut perempuan itu adalah aurat. Namun begitu, apabila kita bertanya kepada si pemakai tudung, di manakah dalil yang mengatakan rambut itu aurat? Majoriti mereka tidak dapat menjawab dan tidak pernah ambil tahu tentang dalil Quran dan Hadith tentang aurat. Mereka hanya ikut bulat-bulat apa yang diajar oleh Ustazah mereka tanpa bertanya tentang penghujahan hukum. Bagaimana pula jika saya mengatakan hujah-hujah ustazah mereka tidak jujur kerana tidak menerangkan kelemahan dalil itu sendiri. Bila kita persoal lebih lanjut, mereka akan mengatakan "kita mazhab syafie kena la ikut". Sebenarnya mereka sendiri tidak menghayati apa yang Imam Syafie RH kata.


Imam Syafie pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Oleh itu mari kita ikuti penghujahan terperinci tentang status rambut wanita adakah ia benar-benar aurat menurut Quran dan Hadith yang sahih?

Dalil termahsyur yang digunakan Ulama-ulama dalam menjatuhkan hukum rambut aurat adalah seperti berikut:

Surat An-Nuur 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; Dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang), Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan"


Ayat surah Annur:31 ini menyebutkan bahwa perempuan haruslah (i) menjaga kehormatan dalam cara berpakaian, (ii) tidak memperlihatkan perhiasan kepada selain muhrimnya, anak-anak yang belum dewasa, dan laki-laki kasim; kecuali yang biasa terlihat, (iii) menutupi dadanya (dengan menggunakan khumur (penutup).


Kata 'kehormatan" itu sebenarnya tafsiran dari kata asalnya yang tertulis, yaitu saw’atihima, yang ertinya organ seksual (anggota aib). Bila melihat kata asalnya, jelaslah bahagian yang disebut organ seksual tidak termasuk rambut. Sementara kata kehormatan memang lebih luas maknanya, mencakupi aspek perilaku dan keperibadian.